Popular Posts

Thursday, January 6, 2011

Dua~~~

“Bulat!”
Ketika itu kaki Kucai diurut. Simpati dalam hati Bulat dan Iejah tetap ada. Namun mereka tetap ingin ketawa mengingatkan peristiwa petang tadi.
Benarlah, kalau sudah takut, parit yang pada asalnya memerlukan lima langkah boleh jadi satu langkah. Mereka tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Tahu-tahu mereka sudah sampai ke rumah.
Kucai yang beratnya 20 kilogram mampu iejah dukung. Sementara, aku mengalihkan tumpuan lelaki perut buntal seperti ikan kembung. Perut buncit! Huh! Derai tawa Iejah meletus apabila mendengar Bulat masih lagi menyebut dengan nada yang perlahan “perut buncit”.
“Ikan buntal, hahaha”
            Ibu pada mulanya marah, turut tersenyum. Tetapi dikalihkan mukanya pada arah lain. Tidak mahu Bulat, Iejah dan Kucai makin gembira. Kucai, memerah muka menahan sakit sambil ingin ketawa.
            “Tak baik gelar orang macam tu. Kamu tu perempuan. Jaga mulut sikit… kalau ayah dengar… siaplah kamu!”
            “Gila! Bulat dengan Iejah gila ibu… nasib baik Kucai tak kena tinggal…”
            “kalau Kucai kena tinggal tadi ibu, mesti kena  baham dengan ikan buntal. Ikan buntal tu besar ya Ibu. Ngeri la kakak dengar…” menggeliat badan Iejah. Tanda gerun. Iejahlah yang memberi perumpamaan ikan buntal. Tidak sanggup dia membayangkan kalaulah sekiranya mereka bertiga tidak sempat lari. Rasanya tiga-tiga mereka menjadi mangsa penculikan ikan buntal.
Terdetik juga dalam hati Iejah, ‘boleh ke ikan buntal menculik manusia’… ishh.
            “Kalau Kucai kena tinggal tadi, sah-sah dah ahem… ahem..”
            “Bulat!”
            “Kamu ni,” ibu menggeleng-gelengkan kepala, “Kucai dah marah. Kamupun satu, kenapa ikut kakak?”
            “Kakak usik,” Kucai membuat suara manja, “tadi kakak usik nak rosakkan patung beruang Kucai...” Kucai mula mengubah cerita. Sebenarnya, Iejah hanya mengusik patung beruangnya koyak dengan tujuan untuk mengejutnya tidur. Idea nakal sudah terbit dalam hati Kucai. Bersenang-lenang kakaknya dua orang, sedangkan dia terpaksa menahan sakit. Nahas dia kerjakan Bulat dan Iejah. Kuasa veto ditangannya, “Ibu tahu Iejah nak bakar beruang adik. Mujur ketika tu adik sempat rebut.”
            “Eh, Kucai, jangan nak mengada-ngada... bila masa pulak kakak nak bakar? Jangan nak ubah fakta,” Iejah tercengang. Begitu juga dengan Bulat.
Kucai makin menjadi-jadi lakonannya. Biar Iejah dan Bulat rasakan, “Bulat pulak tarik-tarik benang beruang adik. Dah terkoyak sikit.”
            “Ibu, adik tipu. Kami tak bakar beruang tu...” Bulat terkejut. Dia tahu adiknya sengaja menaikkan kemarahan mereka. Lakonan semata-mata!
Huh! Ibu tersenyum. Dia tahu sikap anak bongsunya yang suka berlakon. Walaupun baru berusia 10 tahun, akal anaknya itu sangat cerdik mencari idea untuk menjerat sesiapa sahaja, tidak kira abangnya. Otai dan Awi. Nama Otai, Awi, dan bulat nama panggilan kerana bentuk fizikal dan faktor sebutannya yang tidak betul ketika kecil.
Lalu nama itu terus melekat dikepalanya. Sudah sebati. Nama anak-anaknya yang cantik menjadi nama yang paling kelakar baginya.
            “Ibu percayalah cakap adik...”
            “Ya ibu, Kucai tipu ibu!”
            “Kalau abang ada, mesti kamu semua dah kena marah. Jangan bising boleh tak?”
Ibu cuba meredakan suasana gamat itu. Kalau dibiarkan berpanjangan, sudah tentu makin teruk dia mahu melayan anaknya yang nakal-nakal.
Bulat dan Iejah ketawa.
Ibu kehairanan melihat Bulat dan Iejah ketawa serentak, “Kenapa kamu gelak?”
“Otai dan Awi... tak takut. Sebab abang tak ada kat rumah. Abang bukan marah, ibu. Makin sayang la. Nanti siapa nak tolong abang basuh baju sekolah. Kakak kan? Siapa nak tolong urut kaki?? Kakak kan?? Kakak tak takut!”
“Betul! Betul! Bulat rasa abang tak fikir langsung nak marah kami. Bukan fikir sekali. Bukan jugak fikir dua kali. Malah tak terfikirlah ibu!” Bulat gelak kuat! Begitu juga dengan Iejah.
“Tak takut Otai dan Awi?” Kucai tanya lagi.
“Tak!”
“Tak takut Otai dan Awi?” intonasi bagi perkataan Otai dan Awi ditekankan.
“Ya. Kami tak nak guna talian hayat!”
“Anda pasti?”
“Ya!”
“Anda masih berpeluang untuk mengubah keputusan.”
“Tidak. Keputusan kami muktamad!” Iejah gelak kuat. Terhibur dengan gurauan adiknya, Kucai. Kucai tersengih-sengih, “Bulatpun nak ikut keputusan Iejah ke? Tak nak ubah keputusan? Bulat yakin?? Tak takut Otai dan Awi.”
Ibu mereka kelihatan tenang. Ibu tahu ada sesuatu yang sedang dilakukan oleh Kucai sebagai hadiah untuk kakaknya. Sudah pasti ganjaran itu mampu melegakan sedikit kakinya yang terseliuh. Pasti anak perempuan bongsunya akan tersenyum melebar. Senang hati.
“Tak takut kami!” Ada suara sergahan dari belakang.
Bulat dan Iejah terkejut. Terus bingkas bangun. Lintang-pukang apabila dikejar oleh Otai dan Awi. Bukan senang mahu melepaskan diri. Tenaga lelaki dan wanita sangat berbeza. Kucai ketawa berdekah-dekah. Sampai-sampai mengalir air matanya. Mahu guling badannya di situ juga melihat reaksi muka kakaknya seperti ikan buntal.

No comments:

Post a Comment