"Kakak betui ke idak ni?" Masih lagi tidak percaya. Gila rasanya kakak aku ini. Terdetik dalam hatinya. Mahunya ayah dan ibu pulang sebelum mereka tiba di rumah, mencari nahas namanya. Bulat tersengih-sengih seperti kerang busuk. Keningnya sengaja diangkat-angkat. Tangannya pula disilangkan.
"Yup, of course sure my dear... adik nak tak" Iejah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apabila membayangkan dia sedang menikmati sesuatu makanan kegemaran itu, tidak semena-mena dia tersengih. Sedapnya! Dia turut mengikut lagak Bulat. Senyumannya yang melebar tiba-tiba mati apabila melihat ke arah sudut dinding rumah.
"Alamak!"
"Kenapa? Jadi ke tidak ni... kakak dah tak sabar nak buat jahat." Bulat terlupa sesuatu.
Iejah menunjukkan isyarat mulut. Mulutnya dimuncungkan seperti muncung unta. Serentak itu juga dia melihat arah yang ditunjukkan oleh adiknya. Ada wajah kecewa!
"Waduh... waduh! bisa kok jadi begini!" mengajuk dialog drama Indonesia.
"Kita angkut sekali la... tidak mahu lepas kempunan." Bulat tetap dengan ideanya.
"Basikal satu saja kak... orang tiga. Takkan nak buat jugak kerja gila ni. Macam kita nak cari nahas kak!"
"Uit!" Bulat tutup mulut adiknya. Bukan dia tidak tahu, boleh tahan bisanya ulas bibir itu. Selalu sahaja perkara buruk berlaku! Iejah cuba menarik tangan kakaknya yang masih melekat kuat dimulut. Rimas diperlakukan begitu. Bulat menjegilkan matanya yang bulat.
"Alaaa, adik! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...Usaha tangga kejayaan." Sempat lagi dia berperibahasa. Entahkah betul, entahkan tidak.
"Gilo ke hapo kak ni. Sempat lagi nak layan peribahasa. Adik tak tahulah. Kucai betul budak ni. Rosak program. Jom, kita kejutkan Kucai! Hehehe..."
"Kucai! Oit... Bangun da!" Bantal yang menutup muka Kucai mereka tarik. Kucai bangun, tetapi selepas lima minit kemudian, Kucai tidur kembali.
"MansyaALLAH... Ya Habibi Ya Maulana... mengingau!"
"Rosaklah program kali ni kalau Kucai tak bangun. Selalu ayah dan ibu balik pukul enam petang." Bulat duduk bersila di hadapan Iejah, "Macam mana?"
"Adik lapar jugak. Nak makan aiskrim jugak."
"Ini masalahnya adik. Kucai tak bangun. Kita tak pernah keluar rumah kalau mak tak tahu. Kak nak makan aiskrim... dah lama tau!" Bulat geram dengan Kucai! Ditarik lagi bantal. Waktu itu pukul 4.30 Petang.
"Minah ni susah jugak nak kejut..." Iejah membebel sambil bingkas bangun. Tindakan drastik Iejah mengundang tanda tanya pada Bulat. Iejah mencari beruang kesayangan Kucai.
"Kucai! Beruang terkoyak!" Iejah menjerit. Kucai yang enak tidur bingkas bangun. Matanya membulat. Rambut panjangnya yang berserabai tidak sempat dikemaskan dulu. Reaksi terkejut itu membuatkan Iejah ketawa terbahak-bahak.
"Bulat, Iejah... Kalau terserempak Otai dan Awi... Siapa nak jawab, siapa nak diam?" Kucai bertanya. Sepanjang perjalanan dia masih mengantuk. Menguap berapa kali dia tidak sempat kira. Ikutkan hatinya mahu sahaja kakaknya dua orang itu dia buat 'cokodok'. Tidurnya terganggu gara-gara kerja gila 'cokodok'. Menggelegak hati juga bila dia terkena. Beruang kesayangan jadi umpan untuk mengejutkan dia bangun. Kali ini dia mahu Bulat dan Iejah berasa serba salah dan sedikit gementer kerana membuat silap. Langgar arahan ayah dan ibu. Bulat kelihatan penat mengayuh basikal merah milik abangnya. Iejah dan Bulat dibelakang. Tindakan Kucai mengayun-ayunkan kakinya membuatkan dia terpaksa menampung berat daripada yang sebenarnya.
"Eh, Iejah!" Serta merta kayuhan basikal dihentikan.
"Yes, May I help you?" sebutan Iejah seperti tidak kena sahaja. Baru belajar bahasa Inggeris. Ketika itu umurnya 10 tahun.
"Boleh tak kaki tu diam sikit... Ingat ringan ke nak bawak dua penumpang?" Sakit kaki Yong tau! Balik nanti, Iejah urut kaki sebelah kanan, Kucai sebelah kiri." Bulat muncung. Sakit hati. Sahaja dia gertak begitu supaya adik-adiknya pandai duduk diam.
"Kalaulah nampak kat Pak Long... mati kita kak!" Kucai terfikir.
"Pak Long!"
Serentak mendengar nama Pak Long terus Iejah dan Bulat menyebut serentak.
"Habis??" Bulat berhenti di tepi jambatan besi. Dia pandang Iejah, "habis, ayah dengan ibu pergi rumah Pak Long? Ayah dengan mak nak tengok Pak Long sebab dah lama tak jumpa." Matanya bulat.
"Memang Bulat betul kak ni. Mata jangan la buat macam tu," mendengus, "Jawapannya... takkan kak tak tahu. Takkan pulak adik nak bagi jawapan A,B,C,D. Ingat exam ke kak? Macam kura-kuralah kak ni. Umur dah tingkatan empat." Iejah menepuk dahinya. Kucai yang mendengar terkekek-kekek gelak. Jeratnya untuk menakutkan kakaknya berdua mengena. Memang benar! Memang benar selepas ayah dan ibu naik motosikal lebih kurang lima minit, Pak Longnya lalu di kawasan rumah mereka. Selalunya, Pak Long keluar untuk membeli barang-barang dapur untuk membuat kuih.
"Kucai takutkan kak eh?" Iejah mengetap bibir. Geram kerana adiknya tidak memberitahu perkara itu, "Kenapa diam?"
"Kak tak tanya... macam mana adik nak jawab. Kalau kak tanya barulah adik tahu nak buat apa." Kucai tersengih.
"Ish, kena cepuk jugak budak ni."
"Oit! Ingat masalah boleh selesai ke? Asyik gaduh dari tadi aje."
Kucai menjilat ais krim. Dia tidak mengendahkan lagi amarah kakaknya. Cuaca petang yang panas sebegitu apabila dia menikmati ais krim hilang rasa dahaga dan peritnya anak tekak.
"Eh, novel dah sorok belum?" Bulat melihat Iejah.
"Trang tang tang... mesti la. Nanti kalau ayah dan ibu tengok, habislah kita!"
"Pandai buat salah, pandai tanggung la. Semua terlibat." Bulat tersengih pada Iejah. Kemudian memandang Kucai yang enak menikmati ais krim, "Kucai, mulut diam. Jangan bagi tau ibu! Kalau tak, kak tak nak belanja ais krim lagi." Bulat memberi amaran.
"Kalau ibu tahu, kami tak cari orang lain... Kucai aje kami nampak!" Kali ini amaran tegas daripada Iejah. Orang yang lalu-lalang tidak mereka endahkan. Tidak ambil pusing dengan semua itu. Sekejap lagi mesti ayah dan ibu pulang.
No comments:
Post a Comment