Popular Posts

Saturday, January 8, 2011

Tiga~


Bulat baring. Tangannya disilangkan ke belakang. Cahaya rembulan menyelinap masuk melalui celah-celah dinding. Cahaya rembulan itu seolah-olah malu. Ibu dan ayah tidur di bilik depan, rumah bawah. Iejah dan Bulat tidur di ruang tamu, rumah atas.
“Eh, kak Rocky bangunlah!” Sengaja Iejah memanggil Bulat dengan nama itu.
“Kenapa?”
“Lihat ni…,” sehelai kertas dari poketnya dikeluarkan.
“Iejah, kau ni nak baca wasiat ke? Berjela-jela kertas kau sambung.”
“Ishh, mulut Bulat tak ada insuran,” Ditampar Bulat yang masih berbaring, “Ini adalah surat cinta...” Digulung pula surat yang dibuka separuhnya.
Bulat bingkas bangun. Terkejut dengan kenyataan Iejah. Dari manakah surat itu Iejah dapat? Siapa yang memberinya? Setahunya dunia Iejah hanya dengan dia. Bila ada Iejah, semestinya ada dia. Bila ada dia, semestinya ada Iejah. Sejak bila budak kecil ini pandai utus mengutus surat.
Iejah tersengih.
“Iejah nak mati?? Kalau ibu tahu, ibu terjumpa surat ni siapa nak bertanggungjawab. Mahunya habis-habisan kita kena dengar ceramah percuma daripada ibu. Kalau ibu tahu boleh jugak bertolak ansur. Kalau ayah jumpa, sah kita...” tidak menghabiskan ayatnya. Hanya menunjukkan simbol pancung pada leher. Bukan dia tidak tahu ketegasan hati ayahnya. Kalau kata hitam, hitamlah. Kalau kata putih-putihlah. Tidak ada toleransi sekiranya melibatkan soal cinta. Kalau ayahnya tahu, dia turut terlibat sekali sedangkan dia tidak tahu menahu soal surat itu. Iejah memang mencari nahas. Tidak tahukah nahas itu membawa ‘bahagia’ untuk dia.
“Alah... surat cintapun. Bukannya surat nikah!” Bulat ternganga mulut mendengar jawapan paling bodoh. Iejah menahan tawa melihat muka Bulat yang risau. Inilah kelemahan kakaknya. Mudah melatah. Serentak itu tangan Bulat sudah singgah di lengan adiknya. Iejah menjerit. Ketawanya terus meletus kuat. Menyedari suara Iejah kuat, dia menekup mulut bergusi panjang itu. Suara mereka boleh didengari sehingga ke rumah bawah.
“Bulatpun fikirlah... takkan adik nak bawak surat masuk rumah. Kakakpun fikirlah, selama ni kemana-mana aje kita berdua. Kitakan dianggap kembar... macam kumpulan anak-anak itik.” Tawa Iejah terus meletus. Menampakkan gusinya yang panjang.
“Gusi panjang betul bila gelak!”
“Oit! Sensitif bila melibatkan gusi-gusi ni. Jangan nak naikkan kemarahan Iejah!”
“Tahupun marah... Habis ni surat apa?”
“Bulat ni emosional. Sabar!” Sengaja membuatkan Bulat geram.
“Surat watikah perlantikan.” Ringkas jawapan Iejah. Menimbulkan tanda tanya Bulat. Kertas putih dibuka. Panjang. Sepuluh helai. Kertas itu dibuka. Dari hujung katil sampai ke kepala katil.
“Watikah apa panjang sangat? Orang nak buat pengumuman watikah perlantikan sekejap aje.”
“Ini watikah dari ibu!” tersengih-sengih.
“Banyaklah, bila masa ibu rajin menulis watikah. Kerja ibu banyak. Kerja ibu memasak. Kerja ibu membasuh. Kerja ibu jugak melayan perangai kita yang sengal. FULLSTOP!”
Panjang bulat menyatakan kerja ibunya. Nada suaranya berbisik. Dia mengetap bibir apabila dipermainkan.
“Sini, nak baca...”
“Oit, Bulat. Akal ada tak?”
“Kenapa?” pelik dengan pertanyaan. Cantik sungguh gaya bahasa Iejah padanya.
“Bilik atas kan tak ada lampu!” Bulat menepuk dahinya. Kakinya yang berjuntai di birai katil diayun-ayunkan. Terlupa. Ruang atas rumah papan itu tidak berlampu. Baru sahaja siap rumah itu dibina. Tidak sampai sebulan.
“Iejah terangkan... Kertas ni panjang... tapi sikit isinya. Ringkas, padat, dan tepat! Tapi tak jugak terlalu pendek...” dia membilang dengan jarinya. Sambil matanya dipejam-pejamkan seolah-oleh mengingati sesuatu. Sedangkan bukan susah baginya, dikertas itu sudah tersenarai jumlah watikah perlantikan itu. Iejah sendiri yang menulisnya dengan marker board milik sekolah. Kertas itu milik Cikgu Siti yang garang!
Ketika itu Iejah tiada kerja. Murid-murid lain bermain kejar-kejar. Dia mengelamun ketika itu. Tetiba dia teringat peristiwa dikejar orang gilakan perempuan petang semalam. Terus terbit idea pada otaknya.
Pengajaran pertama, kalau tidak pernah menderhaka, jangan sesekali menderhaka pada ibu bapa.
Ada sepuluh! Ditulis dengan board marker merah, tulisannya sebesar ibu jari kaki. Kalau masih tidak nampak, Bulat harus makan carrot, seperti arnab. Sekarang Bulat mengutuknya gusi panjang! Sekarang biar dia mengutuk Bulat sebagai arnab. Cantik juga nama itu.
“Sempat Iejah buat watikah... ingatkan wasiat. Ibu tahu tak Iejah buat senarai dan peraturan ni?”
“Tak!” Ringkas jawapan meluncur dari ulas bibir Iejah yang kecil. Iejah menarik rambut jagungnya yang berwarna kekuning-kuningan ke hadapan. Rambut jagung yang mendapat perhatian. Berwarna kekuning-kuningan pula. Dengan dahi yang luas, gusi yang panjang!
“Nah, Bulat simpan! Jaga elok-elok watikah ni. Iejahpun tak faham apa yang ibu maksudkan. Sepuluh watikah perlantikan untuk kita tiga serangkai anak-anak itik... Bulat, Iejah, dan Kucai. Anak lelaki ibu tak pernah pula buat watikah. Tak adil Bulat!”
“Entah, Otai dan Awi kan anak lelaki. Mestilah ibu sayang!” Ada pengajaran kedua pada kenyataan. Bulat dan Iejah termenung. Masing-masing memasang angan-angan. Rasanya kalaulah bulan itu boleh mereka terokai, sudah pasti bulan mereka jelajahi. Membina istana cinta di sana. Alangkah nikmatnya.
           
           

No comments:

Post a Comment